Buscar

Loading...

Páginas

Muka kering

Muka kering amatlah membencikan! (ada ke ayat ni)

Masalah berlaku apabila setiap kali aku usai solat di pejabat dan terus sambung kerja dan duduk di bawah air-cond.

Makin lama kulit makin kering dan bila usik di pipi rasa macam pipi kena ruam. Aduhh.. Bila aku mengadu dekat encik suami dia bilang "bawaklah krim Nadia pakai ni g opis"

Masalahnya kalau krim tu kecil comel lote boleh lah aku bawak, ini bulat segenggam tangan memang tak lah kan..

Dan, semalam ketika membeli barang di OTK, aku ternampak ini.




Pas solat tadi, aku pakai krim ni kat muka, alhamdulilah nampak okay la.. Tak perlu nak tepek bedak bagai..



Okay lah kan?

Mudah-mudahan ingat selalu nak bawak krim ini ke mana saja!

Oh, aku memang dah jadi pengguna Garnier youu.. ;p




Ikhlas,
pecinta Garnier dan Fahrin Ahmad.. err..
posted from Bloggeroid

Berat pada 28 Mei 2012

Hari Isnin.

Berat pada pagi tadi,




Alhamdulilah, ada penurunan walau tidak sebanyak mana.. Matlamat minggu ni, hapuskan angka 3 kat belakang tu!


psst: hari ni kamen penat sampai sahur sempat minum 3 gelas air masak jee.. Sobbss
posted from Bloggeroid

Pertama kali

Pertama kali memakai baju yang maniknya dijahit sendiri.

Sebenarnya, tak sangka dapat siapkan juga baju ni. Namun, demi nak pakai baju baru sempena majlis perkahwinan kawan, sanggup berhempas pulas di saat akhir.. Manik terakhir dijahit adalah pada jam 11.30 pagi tadi. Heee..





Gembira dan puas hati bila akak ipar (yang memang terel memanik), puji cantik jahitan manik.. Alhamdulillah..

Lepas ni, fokus nak jahit manik kat jubah plak!
posted from Bloggeroid

Android

Application yang paling aku suka adalah;

1) Woman Log

Dulu period aku kan tak menentu, jadi aku selalu rekod period aku dalam buku.Masalahnya kadang-kadang tak teringat nak rekod dalam buku. Tapi bila dah ada Woman Log ni, rasa lagi senang nak rekod data. Terus masukkan data kat handphone.

Selain dari boleh rekod tarikh period, aku jugak boleh rekod data berat, mood dan juga buat notes. Lagi best, dia ada forecast ovulation cycle.. haruslah berguna bagi aku yang tak reti nak kira waktu subur ni kan. hehehehehhe..


Ini paparan muka dalam handphone. :)

2) Instagram

Tak silap aku, dulu application ini hanya ada pada user yang pakai Iphone, tapi pada tahun ini dia dah open to android user juga. Aku suka application ni sebab aku boleh tengok gambar orang.. Kalau korang rajin follow artis, boleh lah tengok gambar diorang tangkap.

Antara artis yang aku follow di Instagram ini adalah Hanis Zalikha, Sazzy Falak, Sari Yanti. Heh. Best application ini sebab dia hanya fokus pada gambar, jadi kalau rasa nak cuci-cuci mata tu boleh la layan gambar-gambar yang menarik..


3) Onavo Count

Bagi aku yang menggunakan data plan, sebelum aku ada application ni, aku selalu terima sms peringatan dari Celcom.. yang kata penggunaan telah melebihi 75%.. sila buat pembayaran atau tambah data plan.. bla bla bla..

Jadi, bila terima sms tu kan, harus rasa sakit hati sebab ehh, banyaknya dah guna tapi buat apa?

Haaaaa,

Bila ada application ni, aku senang nak pantau penggunaan data plan aku seharian.. Malahan, kalau aku terbanyak guna, dia akan cakap data hogging. Which is, bagi aku sangat membantu untuk aku kawal penggunaan data internet.. :)


4) Pocket Manga


Ini kesayangan aku juga!

Waktu aku bosan terutama ketika outstation, aku akan download manga yang menarik dan boleh dibaca pada bila-bila masa. Oh btw, selalunya bila aku guna application ini data selalu banyak pakai. Hehehhe..

Antara koleksi manga yang aku ada adalah, Slamdunk, Yu Yu Hakusho, Girl's of the Wild, Ingenuo.. hm.. ape lagi..

Apa pun, kita boleh sesuka hati nak download dan lepas tu delete balik manga yang kita dah save tu.. :)


5) PicsArt

Application ini aku selalu guna bila nak edit gambar dan nak letak watermark! Sangat sangat mudah dan best!



Hmmm..


Buat masa ini, itu jer lah kot.. oh ya, paling terbaru application aku install adalah MyFitnessPal.. sebelum ini ada install dah tapi sebab malas nak update jadi aku uninstall balik.. La ni, ada mood nak guna balik.. hehehe..


Korang plak, android user, suka application apa?


posted from Bloggeroid

I love my new ball so much!!



Comel takk??


Hasil training semalam,





Harap-harap dapat maintain begini masa tournament nanti. :)

posted from Bloggeroid

Berat 21 Mei 2012

Berat pada pagi hari Isnin.




Alhamdulilah, angka 4 di belakang sila hilangkan diri!

posted from Bloggeroid

Bowlingg

Sekarang tengah gila main bowling. Rabu ni ada tournament jadi nak kena belajar cara hook ball.

Dan, semalam beli bola hook baru! Aku ingatkan nak beli bola biasa, brand Jazz rm249..

Pastu bila bagitau kat ayah yang aku nak beli bola baru, dia suh tunggu kat The Curve. Katanya nak support beli bola yang up sikit.

Dan, setelah konsultasi dari owner kedai, dapat bola baru dengan harga keseluruhan rm400.

Sempat belajar timing and balancing dengan owner kedai tu. Aku super super excited nak test bola baru malam ni..





Bola baru in making! ;)
posted from Bloggeroid